09 March 2013

alamak, Adam jatuh katil!

akhirnya, 5 bulan, seminggu dua hari Adam jatuh katil pagi tadi.... 

pukul 5.30am Adam bangun nak susu, lepas bagi susu i baringkan dia, Adam dah lasak, boleh pusing 360 darjah,  pulak bantai tidur tak halang apa-apa kat tepi katil..... bangun2 je nampak anak dah menangis kat bawah... sian anak mama, harap-harap tak de ape-ape lah... sedikit info pasal anak jatuh katil.... sedikit lega bila baca artikel ni, tqvm :)

Bayi Jatuh Katil: Apa Nak Buat?

Sedang saya syok-syok menikmati salad telur dan suami pula sedang minum nescafe panasnya…
Dummmmm…
Diikuti dengan..
Huwaaaaaaa..
Haaa.. Berlari suami dan saya ke tingkat atas..
Akhirnya buat pertama kalinya pada usia 9 bulan 8 hari, Cik Afiah ni jatuh katil..
Uishhh..
Nasib baiklah saya sudah bersedia dengan segala ilmu yang perlu sekiranya bayi jatuh katil dan saya sudah tahu apa nak buat sekiranya mimpi ngeri ini berlaku..
Bayi dan kanak-kanak memang cenderung untuk jatuh.. Tak kiralah dari katil, kerusi, kendongan, sofa atau apa-apa tempat yang tinggi..
Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan jika bayi jatuh dari katil adalah: RELAX dan JANGAN PANIK!
Kebanyakan kes jatuh ini adalah tidak serius.
Ketahanan badan bayi dan kanak-kanak adalah sangat tinggi.. Jauh lebih tinggi daripada orang dewasa..
Saya teringat cerita yang saya dengar (atau mungkin saya baca?) beberapa tahun yang lepas..
Seorang pelakon sarkis memberitahu bagaimana untuk mengelakkan kecederaan teruk sekiranya berlaku kemalangan seperti jatuh..
Apabila jatuh, biasanya kita akan berada dalam keadaan panik – semua otot badan kita mengejang..
Inilah yang menyebabkan kita cedera teruk..
Pelakon tersebut memberitahu supaya membayangkan diri ibarat stokin buruk sewaktu mengalami kemalangan..
Stokin buruk kan lembik..
Jadi, apabila jatuh ia akan menyerap semua tenaga yang berlaku semasa jatuh dan tetap dengan bentuk asalnya..
Pendek kata, kalau berlaku kemalangan relekskan semua otot anda..
Berbalik kepada apa nak buat jika bayi jatuh katil atau kerusi atau apa sajalah..
Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…
Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..
Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.
Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa.. Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.
Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.
Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.
Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..
Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..



No comments:

Post a Comment

bicara sweetheart