26 March 2013

Berat oh berat

harini Adam amek injection untuk 6 bulan.... lagi 2 hari dia dah 6 bulan, hoyeh!!! sekejap je masa berlalu...

tapi sayangnya, bile timbang berat Adam, naik sikit  je.... dari 7.13kg ke 7.14kg... siannye anak mama....
tak pe, 6 bulan Adam dah boleh makan solid food.... mama akan bangun awal untuk masak bubur untuk dia ye.... jangan tak bam bam lagi sudah le....

18 March 2013

lasaknye dia!

salam mum's

hari sabtu lepas, 16 Mac 2013, mula zaman lasak si anak kecil, dia dah pandai meniarap & terlentang semua, pusing punya pusing asik baring luar toto je, padahal toto tu dah terbentang luas, tak pe lah, biar dia lasak maksudnye dia bijak kan....

saya yang seksi!! 

baba dengki saya, tapi, saya nampak comel kan???

mama geletek saya ^^

:P

berada di luar kawasan selamat

saya pusing sini pulak

mana mainan saya mama letak ni....

mama jangan kacau Adam nak tengok boboiboy ye

09 March 2013

alamak, Adam jatuh katil!

akhirnya, 5 bulan, seminggu dua hari Adam jatuh katil pagi tadi.... 

pukul 5.30am Adam bangun nak susu, lepas bagi susu i baringkan dia, Adam dah lasak, boleh pusing 360 darjah,  pulak bantai tidur tak halang apa-apa kat tepi katil..... bangun2 je nampak anak dah menangis kat bawah... sian anak mama, harap-harap tak de ape-ape lah... sedikit info pasal anak jatuh katil.... sedikit lega bila baca artikel ni, tqvm :)

Bayi Jatuh Katil: Apa Nak Buat?

Sedang saya syok-syok menikmati salad telur dan suami pula sedang minum nescafe panasnya…
Dummmmm…
Diikuti dengan..
Huwaaaaaaa..
Haaa.. Berlari suami dan saya ke tingkat atas..
Akhirnya buat pertama kalinya pada usia 9 bulan 8 hari, Cik Afiah ni jatuh katil..
Uishhh..
Nasib baiklah saya sudah bersedia dengan segala ilmu yang perlu sekiranya bayi jatuh katil dan saya sudah tahu apa nak buat sekiranya mimpi ngeri ini berlaku..
Bayi dan kanak-kanak memang cenderung untuk jatuh.. Tak kiralah dari katil, kerusi, kendongan, sofa atau apa-apa tempat yang tinggi..
Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan jika bayi jatuh dari katil adalah: RELAX dan JANGAN PANIK!
Kebanyakan kes jatuh ini adalah tidak serius.
Ketahanan badan bayi dan kanak-kanak adalah sangat tinggi.. Jauh lebih tinggi daripada orang dewasa..
Saya teringat cerita yang saya dengar (atau mungkin saya baca?) beberapa tahun yang lepas..
Seorang pelakon sarkis memberitahu bagaimana untuk mengelakkan kecederaan teruk sekiranya berlaku kemalangan seperti jatuh..
Apabila jatuh, biasanya kita akan berada dalam keadaan panik – semua otot badan kita mengejang..
Inilah yang menyebabkan kita cedera teruk..
Pelakon tersebut memberitahu supaya membayangkan diri ibarat stokin buruk sewaktu mengalami kemalangan..
Stokin buruk kan lembik..
Jadi, apabila jatuh ia akan menyerap semua tenaga yang berlaku semasa jatuh dan tetap dengan bentuk asalnya..
Pendek kata, kalau berlaku kemalangan relekskan semua otot anda..
Berbalik kepada apa nak buat jika bayi jatuh katil atau kerusi atau apa sajalah..
Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…
Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..
Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.
Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa.. Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.
Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.
Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.
Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..
Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..



04 March 2013

out of topic (OOT)

hai moms.... Alhamdulilah, masih dipanjangkan nyawa untuk menaip.... harini rase sakit hati je sebab orang asik kata kite gemuk.... so??? sikit-sikit kena kurangkan makan.... sabarlah iznie, tapi macam mana pun... ini adalah makanan kegemaran saya... awal bulan kalau boleh  nak keena ade ni, makan dengan suami n adam.. ADAM??? hahhaa, cecah2 sikit kat bibir je..... mana dia boleh makan banyak-banyak... haha ...
gambar sumber internet.....

memang heaven le makan ais krim nih.. lain-lain perisa tak mau, hehhe, yang tak cuba lagi, u all kena cuba

setiap posting tak boleh tak de entry pasal Adam ye.... tak sampai sebulan lagi Adam dah boleh makan bubur, sekarang Adam minum susu je dulu..... genap 6 bulan, i nak bagi dia bubur kosong je, nak tengok ape dia rase kat bubur tu.... tak sabar nak tunggu 28/3/2013...

masak bubur ambil masa yang lama kan, i blogwalking pasal baby food untuk cari jalan macam mane nak singkatkan masa masak bubur, maklumlah, kita ni ibu yang bekerja.... masa perlu disingkatkan selagi boleh...

i banyak dapat info dari http://nurmimy.blogspot.com/  kat situ banyak info pasal solid food... so i dah tau macam ne nak buat bubur dengan masa singkat, bersihkan beras, rendam beras semalaman (12 jam), toskan beras, goreng beras tampa minyak sehingga agak kering.... blender beras sehingga hancur sampai jadi tepung lah agaknye.... pastu boleh simpan dalam bekas kedap udara n masak untuk kuantiti yang perlu sahaja... kiranya tak de la membazir kan.... pastu nurmimy suka konsep freezer... mudah kan sebenarnye, ye lah, perlu berposak sediakan makanan sekali dalam 2 minggu, tapi untuk adam, encik suami kate tak perlu lah frozen... bangun masak je setiap hari, tak pe lah, kite buat mana termampu ye.... yang penting, Adam sihat....

sekian entry hari ini... selamat makan ais krim.... ^^

01 March 2013

Posing dari Adam diusia 5 bulan...

Besar dah anak mama ni... gusi dah gatal, t mama belikan mainan teether ye sayang..... 






senyum tu nampak gaya macam nak buku ABC pulak... ngeeeeeee....