30 May 2013

annoying??

hi mummy, ye, aku seorang annoying, sebab?? aku cakap sengau dengan anak aku.

habistu ko yang suka sindir aku kat fesbuk tak annoying la yek, perfect sangat!


28 May 2013

sonotron dan Adam

assalamualaikum mummys

seminggu lepas kakak ipar i cadang i bawak Adam buat terapi sonotron kat Pusat Rawatan AnNur, MA-0-09, Jalan SB Utama, Taman Ser Bayan, Durian Tunggal, 76100 Melaka, terapi ni bagus sangat unuk asthma, luka kerana deabetes, sakit-sakit badan, sakit-sakit bahu, nak tau lebih lanjut korang google je lah...

bayaran pun tak mahal le kalau nak dibandingkan dengan g klinik pakar, tak jauh beza pun... 7 kali terapi RM180.00, pada yang nak tau lebih lanjut, boleh call klinik tu sendiri, 06-553 2818

Adam kena buat 7 kali terapi sebab batuk dia yang dah lama sangat tu.... 4 kali terapi nampak alhamdulillah, lega sangat, sehari tu dalam 2-3 kali je dia batuk, tapi entah kenapa semalam, batuk dia kerap pulak, doa-doa je terapi ke-5 dia baik sikit, tapi harapan tinggal harapan, malam masih lagi batuk.... malam ni buat terapi kali ke-6, sepatutnye lepas 4 kali terapi, Adam kena selang2 untuk terapi seterusnya, sebab batuk teruk dengan muntah sekali masa terapi, tak jadi selang, harap2 terapi malam ni legakan sikit batuk dia....

Ya Allah, Kau pulihkanlah penyakit Adam.

16 May 2013

batuk yang semakin pulih, Alhamdulillah

assalamualaikum mummies

alhamdulillah Adam dah makin baik dari batuk yang lama... minggu lepas kami bawak Adam ke precious baby and kids, lokasi tak jauh dari Lim WT yang dulu kami pergi tu...

bayaran ok lah, agak mahal sikit sebab ubat yang dia bagi tu agak mahal, singulair, rasenye parent yang ade anak asthma lebih kenal ubat ni....

syukur sangat-sangat.... moga Adam terus sihat dengan senyuman menawan dia