08 April 2013

kisah chicken pox dan gigi....

assalamualaikum mummy's

lama tak upate blog, harini baru lapang nak menulis... kenapa kenapa???

Adam dijangkiti virus chicken pox.... kesian sangat, masuk harini dah 4 hari dia tak selera makan, tak selera minum susu, batuk-batuk, dengan badan gatal-gatal, tak pe, anak mama kuat kan.... 

taska dah tak nak jaga Adam untuk jangkamasa seminggu ni, jadiknye, i amek cuti untuk jaga adam sampai hari rabu nih, sian jugak tengok dia, asik merengek je.... semalam dia melabur harta karun sampai 5 kali, semua cair, mak i kata tu sebab badan dalam dia panas, minum air masak pun kurang.... minum susu nak jugak sikit-sikit, tapi bila terbatuk, habis muntah keluar semua.... 

malam encik suami balik terus bawak ke hospital besar Melaka, dokter cuma bagi ubat antibiotik, demam, batuk, n air garam supaya badan Adam boleh kekalkan air... banyak pulak ubat dia kalini....


tengoklah muka dia tu... sedih je, mama doakan cepat sembuh ya sayang

pagi tadi tengah nak bagi ubat, nampak pulak putih-putih kat gusi bawah, ingat ape, rupa-rupanya gigi! comelnye.... agaknye semalam dah mula tumbuh, genap 6 bulan 1 minggu 3 hari dia tumbuh gigi! 

suka mama tengok gigi dia dah tumbuh, sebelum ni hari-hari nak tengok gigi, hehehe, lepas ni sebelum tidur mama gosok gigi comel dia tu ye... jaga gigi tu elok-elok tau sayang!

ok lah, setakat ni saja ceritera Adam :)

assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

bicara sweetheart