08 October 2013

6 beradik ditinggal ibu bapa

hai moms, assalamualaikum, sayu tajuk harini kan, semalam rancak kat fesbuk pasal 6 beradik ni, malam tadi pukul 11 malam, anak merengek nak susu, mama pun bangun dengan gigih, sakit kepala sebab bangun mengejut diabaikan,

i perhatikan anak menyusu, makin lama makin sikit, sian anak mama, lapar ye... tinggal 2 oz dia lepaskan botol, mama pujuk dia, habiskan nak, sikit lagi ni.... dia pun larat tak larat le capai semula botol n cup-cup habiskan susu dia...

automatik otak ni terfikir pasal 6 beradik tu, paling kecil bayi 6 bulan terbaring, n tertidur sebab penat menangis kelaparan, astaghfirullahhal azim,  terus berdoa  "Ya Allah, janganlah Kau lupakan aku akan tanggungjawabku terhadap anakku, jadikanlah anak ini sentiasa bersyukur atas apa jua pemberianMu"

sedih memikirkan bayi 6 bulan tu, yang setahun ni pun tak tau apa-apa lagi, yang dia tau, main, ngantuk tidur, lapar nangis, demam merengek... semoga Allah bukakan hati ibu bapa kanak-kanak tu untuk kembali n jaga anak-anak mereka dengan penuh tanggungjawab...

07 October 2013

TTC journey

hai moms....
assalamualaikum...

wah tajukkkk, TTC journey! ingat nak buat IUI journey, tapi tak confirm lagi nak buat IUI, lagipun.. ini baru langkah pertama :)

bismillahhirrahmanirrahim...

sakarang dah masuk bulan Oktober, permulaan baru akan mula bila cik p datang... mula makan ubat hormon, dari 24 Sept i dah makan metformin 2 biji & forlic Acid sebiji....

sepatutnye cik p dah datang, tapi tak sampai-sampai pulak dia ni, ke sebab terganggu dek HSG test??

time macam ni le suka beno kalau cik p datang awal, heheheh

akan datang i akan update gambar ubat-ubatan untuk TTC journey yang lain boleh tengok...

bye!


26 September 2013

scan, HSG, Semen test, bla bla bla

hai mummy's, assalamualaikum!!!

lama tak menulis, terlalau bz, musim kad kahwin sekarang...

fyi, selasa lepas, 24 Sept 2013, kami ke Mahkota Medical Center, jumpa pakar sakit puan, Dr Nor Azlina Bt Awang, so kami berkenalan lah sikit-sikit, dia scan rahim i, akhirnya,.. penyakit yang tak tau dah diketahui, PCOS, dr kate ovum ade, tapi dia tak matang, tak keluar, sebab?? gemuk, huaaa....

lepastu dia suruh i buat ujian darah, (nak tengok hormon) n HSG, suami pulak semen test, kami buat haluan masing-masing dalam 3 jam...

pengalaman i, amek darah ok je, dah biasa... hehehe, bile HSG... gulp... sakit nye masayaallah... macam nak meletup rahim ni masa dia tolak dye untuk kali ke-3 & ke-4, demi zuriat, ku harungi jua...

tunggu dalam sejam macam tu, result kami pun dah keluar....

semen suami alhamdulillah semua ok... bab i pulak, hormon ok, HSG pun ok, tiub fallopio pun ok.... tak de tersumbat. alhamdulillah...

cuma yang tinggal, pendarahan yang belum berhenti & ubat-ubatan...

dr bagi i ubat metformin untuk kurang selera makan, (setakat hari ke-2 ni nampak berjaya, sebab dah masuk petang belum nak makan ape-ape, sarapan laksam je pagi tadi) asid forlic untuk tulang belakang baby, hormon YEZ dua kotak & clomid untuk membantu keluarkan telur

semua tu kena makan dalam 3 bulan.. kalau dah ok semua... scan lagi sekali ikut masa yang ditetapkan & kalau nampak ovum keluar, insyaallah, kami bersedia buat IUI, insyaallah...

semoga dipermudahkan semuanya..... AMIN


29 August 2013

new wishlist

ha, chantique tak???.... new wishlist

Adam sudah berumur 11 bulan 1 hari harini, semakin  comel, bijak , harap2 cepat sihat, gigi pun dah tambah lagi dua, enam semuanya.... rindu gile kat dia!!!

01 August 2013

fuhhhhhhhh... (tiup habuk)

assalamualaikum mummy....

lama tak update lepas AAR masuk ward,  dia masuk ward 8/6/2013, sebab demam panas n dokter nak check sekali kenapa dia batuk sampai 4 bulan... selama duduk sana macam2 test diaorang buat
test kahak, darah, TB, alhamdulillah, semuanya negatif, tak de kuman, cuma paru-paru dia lah, jangkitan kuman, dari xray, nampak tompok-tompok putih, dokter kate batuk dia memang makan masa nak baik, dia bagi stok singgulair untuk 6 minggu, ubat tu dah habis pun, sambil tu aku bagi dia minum madu asli pemberian ikhlas dari head aku, alhamdulillah, dah dekat sebulan ni tak batuk pun kecuali tekak dia kering mintak susu / air... ade batuk lah sikit.... terima kasih sangat pada head aku tuh... hubby pun ade sapukan kapur makan + air limau purut belakang dia... mungkin sebab tu jugak le batuk dia makin lama makin kurang, syukur sangat....

sekarang, harini usia dia dah 10 bulan 4 hari, dah mula belajar bertatih setapak dua jatuh merangkak... semoga AAR terus sihat :)

//gigi dah empat, bile nak tambah gigi lagi ni ^^



30 May 2013

annoying??

hi mummy, ye, aku seorang annoying, sebab?? aku cakap sengau dengan anak aku.

habistu ko yang suka sindir aku kat fesbuk tak annoying la yek, perfect sangat!


28 May 2013

sonotron dan Adam

assalamualaikum mummys

seminggu lepas kakak ipar i cadang i bawak Adam buat terapi sonotron kat Pusat Rawatan AnNur, MA-0-09, Jalan SB Utama, Taman Ser Bayan, Durian Tunggal, 76100 Melaka, terapi ni bagus sangat unuk asthma, luka kerana deabetes, sakit-sakit badan, sakit-sakit bahu, nak tau lebih lanjut korang google je lah...

bayaran pun tak mahal le kalau nak dibandingkan dengan g klinik pakar, tak jauh beza pun... 7 kali terapi RM180.00, pada yang nak tau lebih lanjut, boleh call klinik tu sendiri, 06-553 2818

Adam kena buat 7 kali terapi sebab batuk dia yang dah lama sangat tu.... 4 kali terapi nampak alhamdulillah, lega sangat, sehari tu dalam 2-3 kali je dia batuk, tapi entah kenapa semalam, batuk dia kerap pulak, doa-doa je terapi ke-5 dia baik sikit, tapi harapan tinggal harapan, malam masih lagi batuk.... malam ni buat terapi kali ke-6, sepatutnye lepas 4 kali terapi, Adam kena selang2 untuk terapi seterusnya, sebab batuk teruk dengan muntah sekali masa terapi, tak jadi selang, harap2 terapi malam ni legakan sikit batuk dia....

Ya Allah, Kau pulihkanlah penyakit Adam.