Showing posts with label TTC Journey. Show all posts
Showing posts with label TTC Journey. Show all posts

19 December 2013

syukur alhamdulillah ovum dah besar...

assalamualaikum, bismillahhirrahmanirrahim...

16/12 lepas kami ke mmc semula untuk TVS kali ke-2, bila dokter check, ade dua ovum yang nak besar, tapi saiz belum cukup matang, satu 14mm, satu 12mm. dr kate teruskan inject gonal f selama 3 hari, habiskan stock sedia ada,

makanya harini, pagi tadi, 19/12, D16, TVS kali ke-3, jeng jeng jeng.... si Ovum dah besar bagai juara, alhamdulillah, satu 18mm, satu lagi 20mm,

kami berbincang lagi, insyaallah iui pertama (harap-harap yang terakhir) pada 21/12 jam 10.30am.

ikut penerangan dokter, Ovum i dah sedia dipecahkan, so dr bekalkan i dengan suntikan ovidrel,

sumber : google

atas tu le rupa dia, neves jugak, tengok kandungan dia lagi banyak dari suctikan gonal f... takpe, kuatkan semangat.... tawakal, mesti boleh!

suntikan ni perlu diambil jam 7pm tepat, sebab selepas 36-40 jam, ovum akan pecah, kiraan dokter 40 jam tu dalam 10.30am pada 21/12,

pesan dokter banyakkan zikir & solat hajat... insyaallah....

Semoga Allah perkenankan permintaan kami yang satu ni... amiinn

07 October 2013

TTC journey

hai moms....
assalamualaikum...

wah tajukkkk, TTC journey! ingat nak buat IUI journey, tapi tak confirm lagi nak buat IUI, lagipun.. ini baru langkah pertama :)

bismillahhirrahmanirrahim...

sakarang dah masuk bulan Oktober, permulaan baru akan mula bila cik p datang... mula makan ubat hormon, dari 24 Sept i dah makan metformin 2 biji & forlic Acid sebiji....

sepatutnye cik p dah datang, tapi tak sampai-sampai pulak dia ni, ke sebab terganggu dek HSG test??

time macam ni le suka beno kalau cik p datang awal, heheheh

akan datang i akan update gambar ubat-ubatan untuk TTC journey yang lain boleh tengok...

bye!