29 August 2013

new wishlist

ha, chantique tak???.... new wishlist

Adam sudah berumur 11 bulan 1 hari harini, semakin  comel, bijak , harap2 cepat sihat, gigi pun dah tambah lagi dua, enam semuanya.... rindu gile kat dia!!!

01 August 2013

fuhhhhhhhh... (tiup habuk)

assalamualaikum mummy....

lama tak update lepas AAR masuk ward,  dia masuk ward 8/6/2013, sebab demam panas n dokter nak check sekali kenapa dia batuk sampai 4 bulan... selama duduk sana macam2 test diaorang buat
test kahak, darah, TB, alhamdulillah, semuanya negatif, tak de kuman, cuma paru-paru dia lah, jangkitan kuman, dari xray, nampak tompok-tompok putih, dokter kate batuk dia memang makan masa nak baik, dia bagi stok singgulair untuk 6 minggu, ubat tu dah habis pun, sambil tu aku bagi dia minum madu asli pemberian ikhlas dari head aku, alhamdulillah, dah dekat sebulan ni tak batuk pun kecuali tekak dia kering mintak susu / air... ade batuk lah sikit.... terima kasih sangat pada head aku tuh... hubby pun ade sapukan kapur makan + air limau purut belakang dia... mungkin sebab tu jugak le batuk dia makin lama makin kurang, syukur sangat....

sekarang, harini usia dia dah 10 bulan 4 hari, dah mula belajar bertatih setapak dua jatuh merangkak... semoga AAR terus sihat :)

//gigi dah empat, bile nak tambah gigi lagi ni ^^



30 May 2013

annoying??

hi mummy, ye, aku seorang annoying, sebab?? aku cakap sengau dengan anak aku.

habistu ko yang suka sindir aku kat fesbuk tak annoying la yek, perfect sangat!


28 May 2013

sonotron dan Adam

assalamualaikum mummys

seminggu lepas kakak ipar i cadang i bawak Adam buat terapi sonotron kat Pusat Rawatan AnNur, MA-0-09, Jalan SB Utama, Taman Ser Bayan, Durian Tunggal, 76100 Melaka, terapi ni bagus sangat unuk asthma, luka kerana deabetes, sakit-sakit badan, sakit-sakit bahu, nak tau lebih lanjut korang google je lah...

bayaran pun tak mahal le kalau nak dibandingkan dengan g klinik pakar, tak jauh beza pun... 7 kali terapi RM180.00, pada yang nak tau lebih lanjut, boleh call klinik tu sendiri, 06-553 2818

Adam kena buat 7 kali terapi sebab batuk dia yang dah lama sangat tu.... 4 kali terapi nampak alhamdulillah, lega sangat, sehari tu dalam 2-3 kali je dia batuk, tapi entah kenapa semalam, batuk dia kerap pulak, doa-doa je terapi ke-5 dia baik sikit, tapi harapan tinggal harapan, malam masih lagi batuk.... malam ni buat terapi kali ke-6, sepatutnye lepas 4 kali terapi, Adam kena selang2 untuk terapi seterusnya, sebab batuk teruk dengan muntah sekali masa terapi, tak jadi selang, harap2 terapi malam ni legakan sikit batuk dia....

Ya Allah, Kau pulihkanlah penyakit Adam.

16 May 2013

batuk yang semakin pulih, Alhamdulillah

assalamualaikum mummies

alhamdulillah Adam dah makin baik dari batuk yang lama... minggu lepas kami bawak Adam ke precious baby and kids, lokasi tak jauh dari Lim WT yang dulu kami pergi tu...

bayaran ok lah, agak mahal sikit sebab ubat yang dia bagi tu agak mahal, singulair, rasenye parent yang ade anak asthma lebih kenal ubat ni....

syukur sangat-sangat.... moga Adam terus sihat dengan senyuman menawan dia



29 April 2013

7 bulan sudah :)

assalamualaikum mummy's

Adam dah 7 bulan semalam, semoga dia cepat sihat... jadik anak yang baik & cergas sentiasa :)


tengoklah muka dia yang cam poyo tu.... baru nak belajar berdiri :D

sayang dia!!!!

23 April 2013

batuk yang tak sudah...

assalamualaikum mummys...

risau betul batuk Adam masih tak baik lagi, hari khamis lepas dah bawak dia g klinik pakar bayi & kanak-kanak Lim WT kat Ayer Keroh tu... siap masuk gas lagi, tapi masih tak baik... agaknye nak makan madu jugak lah.... tunggu ubat batuk dia habis dulu baru mintak pendapat encik suami boleh tak bagi dia makan madu je...

Ahad lepas selesai sudah Majlis Cukur Jambul Adam dengan jayanya.... Alhamdulillah, tapi mak cik2 tu potong sikit je... tak cukur habis pun rambut Adam :)